Cara Menanam Pokok Belimbing Di Malaysia
Nama Saintifik : Averrhoea carambola
Keluarga : Oxalidaceae
Asal :
Belimbing Besi dikatakan berasal dari Asia Tenggara, dari Kepulauan Jawa sehingga ke Filipina.
Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Belimbing boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Johor, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.
Kegunaan :
Belimbing enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jam, jeli, candy dan juga belimbing dijadikan sebagai pencuci mulut dan hiasan dalam hidangan.
Pokok :
Pokok belimbing boleh menjangkau pada ketinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunas-tunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk pramid dan membulat apabila pokok membesar.
Daun :
Daun belimbing kecil membujur (oval). Di permukaan atas daun licin dan berwarna kekuningan manakala permukaan bawah berwarna hijau gelap. Daun berukuran 2.4 cm lebar dan 2.9 cm panjang.
Bunga :
Bunga kecil dan berwarna ungu. Terdapat 5 sepal, 5 petal dan 5 stamen. Ovari terletak di bawah style. Bunga terbentuk pada semua bahagian batang, dahan dan pucuk.
Buah :
Buah berbentuk bujur dan terdapat 5 atau 6 sudut/lurah. Jika dipotong, ia berbentuk bintang. Buah berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning atau orange apabila masak. Isinya lembut, berair, ranggup dan manis dan sedikit kelat rasanya.
KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman belimbing sesuai pada iklim tropika dan memerlukan curahan hujan yang banyak dan juga cuaca panas.
Tanah :
Belimbing tumbuh di tanah yang gembur dengan saliran yang baik. Ia tumbuh dengan baik di banyak jenis tanah dari tanah berpasir hingga ke tanah liat. Walau bagaimana pun pembaiakan tanah yang betul pengurusan tanah dengan sistem saliran yang baik dan pembajaan yang betul.
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Dua kaedah penanaman yang biasa dilakukan pada tanaman belimbing iaitu kaedah pembiakan tampang atau tut dan kaedah klip (cleft methods). Semua kaedah di atas adalah sesuai tetapi kaedah pembiakan tampang adalah lebih popular. Anak pokok-pokok belimbing boleh diubah ke ladang selepas 4 bulan dibuat cantuman.
Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang paling sesuai adalah sistem empat segi iaitu 6m X 6m. Sistem ini menghasilkan sejumlah 278 pokok sehektar.
Menanam :
Setelah pengapuran dijalankan lubang digali sedalam 0.6m X 0.6m X 0.6m. Bahan organik atau kompos (5-10 kg) bersama-sama CIRP (200g) dimasukkan kedalam lubang dengan berhati-hati agar tidak terlalu mencederakan akar. 40%-50% lindungan adalah perlu di peringkat permulaan tanaman.
Cantasan :
Cantasan yang betul sangat penting untuk mendapatkan bentuk pokok yang cantik dan memudahkan kerja-kerja pengurusan dan juga untuk mendapatkan hasil yang baik. Cantasan yang disyorkan adalah seperti berikut :
i) Open centre
ii) Modified central leader
iii) Trellis branching system
Kematangan :
Belimbing biasanya berbunga hanya beberapa bulan selepas ditanam. Walaubagaimana pun adalah dinasihatkan agar membiarkan pokok mencapai ke usia dua tahun baru digalakankan berbuah.
Hasil :
Belimbing biasanya mengeluarkan lebih kurang 300 biji buah setahun pada umur dua tahun. Penghasilan akan meningkat dari tahun ke setahun sehingga 9 tahun di mana ketika itu ia mula stabil pada kadar 1200 biji buah/pokok/tahun. Purata berat buah belimbing diantara 17-66 ton/ha untuk jankamasa 20 tahun.
Musim :
Belimbing berbunga sepanjang tahun tetapi terdapat dua musim utama dan 2 musim kecil. Musim-musim utama terdapat pada bulan April-Jun dan Oktober-Disember setiap tahun.
Penjarangan :
Jumlah buah yang terlalu banyak setangkai akan mengakibatkan buah menjadi kecil tidak berkualiti dan menjadi masalah ketika hendak membalutnya. Oleh itu sebiji buah belimbing adalah disyorkan setiap tangkai.
Kesesuaian Mengutip Hasil :
Belimbing mencapai tempoh kematangan selepas 45-90 hari bunga kembang dan ini bergantung pada keadaan cuaca semasa dan klon. Bagi klon B10 memerlukan 60-65 hari untuk mencapai indek warna 3, manakala B17 memerlukan 77-90 hari selepas bunga kembang. Di musim hujan, buah-buah belimbing akan masak 2-3 hari lebih awal jika dibandingkan di cuaca panas.
Indeks Warna :
1. Keseluruhan buah berwarna hijau
2. Buah bertukar warna hijau terang
3. Buah bertukar warna kuning kehijauan
4. Buah bertukar warna hijau kekuningan
5. Buah bertukar warna kuning
6. Buah berrtukar warna oren
MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL
Pasca Tuai :
Buah belimbing perlu dipetik dengan berhati-hati dan susun kedalam bakul dalam keadaan masih berbalut. Buah kemudian dibawa ke pusat pengumpulan dan di letakkan menelentang ke dalam bakul plastik atau Kotak kertas bersalur (corrugated fibre board carton). Ketika ini kertas balutan tidak semestinya dibuang kerana ini akan mengakibatkan buah rosak dan tercedera. Hanya semasa pembungkusan, barulah buah digred mengikut saiz, warna dan kualiti.
EKONOMI
Jumlah kos pengeluaran untuk 15 tahun dianggarkan RM 227,581.00
Berdasar kepada harga di ladang RM 1.00/kg IRR 43%
Nilai kini bersih 10% ialah RM 54,198.00 dan
Nisbah Faedah/Kos pada 10% ialah 1.45
uuyewdrymb
Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?